Kau dan Aku..Berbeza - Salah Faham-

7:36 AM

Salam semua..

Perghh..setelah sekian lama tak update blog ni..tetiba..keluar dengan tajuk karangan tingkatan 3..hahahah..

Ok..sebenarnya dah lama nak share tentang kes salah faham ni...especillay dalam perhubungan suami dan isteri..ok..this is purely daripada pengalaman sendiri selama dah jadi isteri orang ni..hehehe

So far..komunikasi lelaki dan perempuan memang berbeza..dan cara pemikiran pun dah sah-sah berbeza..cer kita tengok contoh dibawah:

Kisah 1:

Isteri : Abg..tahu tak tadi kat ofis..sayang geram betul dengan sorang staf ni..dia sesuka hati ja..pertikai benda yang sah-sah dia salah..ego..taknak mengaku salah..blablablabla...&*€##*$&#...

Suami : Rileks sayang..dia kan orang tua..respek sikit..

Isteri: Eh abang ni..nak back up dia pulak kenapa..yang kena marah sayang..akibat daripada ego dia..abang tu la..sebab dia satu jabatan dengan abang..abang menangkan dia..sayang ni isteri abang..(mula melalut ke cerita lain..hahah)

Suami : (dah buat muka konpius..sambil tengok isteri atas bawah-atas bawah) Sayang..bukan macam tu maksud abang..abang concern pada sayang yang tengah pregnant ni..kan tak elok ibu mengandung marah-marah..nanti stress..effect baby tau..

Isteri : (terdiam..dalam hati berkata..la..dia sayang aku dan anak kami rupanya..terusss malu dan terus ke dapur bancuh air..)

Kisah 2:

Setelah balik daripada klinik untuk neb anak kedua mereka..si suami nak pergi main badminton..

Suami : Sayang..abang g main badminton jap

Isteri : Ok..take care tau..cupp2x...abang..main dengan sapa lagi?

Suami : Dengan ofismate abang la..kan dah cakap semalam..

Isteri : Tahu la ofismate..sapa?nama?sapa yang main?sayang kenal tak?

Suami : Ehh..sayang ni tetiba nak cemburu nak check macam2x ni kenapa?(muka dan bengang)

Isteri : Abang..rilekss..sayang tanya elok2x kot..bukan cemburu ker..nak buat spotcheck ka..sayang cuma nak tahu..sebab kalau emergency anak kita semput teruk balik ker..jadi kalau sayang tak dapat kontek abang..sayang kontek kengkawan abang yg join tu..sebab abang sambil main, hp kat beg kan??

Suami : heheheh..(sengih sebab malu)..baru faham..ok..abang main dengan Mail, Raju, Ali..tu semua abang rasa sayang ada juga nombor hp dorang kan?pepahal call ya..

Ok..daripada 2 kisah kat atas tu..nampak tak..kalau suami atau isteri tak perjelaskan kenapa dia nasihatkan isterinya jangan marah2x dan isteri tak explain tentang kenapa dia perlu tahu dengan siapa suaminya dia main badminton..mesti isteri akan terus jauh hati dan marah..dan suami akan terus rasa macam isterinya asyik nak kongkong dia saja..

So moralnya..komunikasi atau pun explain secara berhemah sangat penting kerana dapat membantu mengurangkan salah faham..the end 😍😍😍

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

0 comments

Support JDT Blogger